Thursday, December 15, 2011

SEJARAG JARINGAN

Berikut sejarah jaringan:
1937 :
Dr. John V. Atanasoff dan Clifford Berry mereka bentuk dan membina komputer digital elektronik yang pertama.
Komputer - Atanasoff – Berry (ABC) membekalkan asas bagi lanjutan dalam komputer digital elektronik
1943 :
Saintis British, Alan Turing mereka bentuk Colossus, sebuah komputer elektronik pemecah kod rahasia.
Colossus dicipta khas untuk tentera bagi memecahkan kod-kod rahsia German.
Kemunculan komputer ini telah dirahsiakan sehingga tahun 1970-an.
1945 :
John von Neumann telah mencipta komputer elektronik untuk Pelajaran Lanjutan di Institut.
Senibina von Neumann dalam komputer sesuai sebagai prototaip untuk komputer program yang disimpan di seluruh dunia.
Von Neumann mereka bentuk ‘EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer)’ dengan memori yang menampung baik program ataupun data.
Teknik ini memungkinkan komputer untuk berhenti pada suatu saat dan kemudian meneruskan pekerjaannya kembali.
Kunci utama senibina von Neumann adalah unit pemroses pusat (Central Processing Unit - CPU), yang memungkinkan seluruh fungsi komputer untuk dikoordinasikan melalui satu sumber tunggal.
Senibina von Neumann menyatakan komputer dibahagi kepada 4 bahagian utama, iaitu Unit Aritmetik dan Logik (Arithmetic and Logic Unit - ALU), litar pengawal (control circuitry), memori, dan alat input-output.
Bahagian-bahagian ini disambung oleh wayar-wayar yang dikenali sebagai ‘bas’.
Unit Aritmetik dan Logik (ALU) merupakan alat yang melaksanakan operasi asas seperti operasi aritmetik, iaitu tambah, tolak, darab, dan sebagainya, operasi logik, iaitu ‘AND, OR, NOT’ dan membandingkan operasi.
Unit pengawal (Control Unit) menyelia slot-slot yang menyimpan arahan terkini, seterusnya memberitahu ALU tentang operasi yang perlu dilakukan serta menerima maklumat yang perlu daripada memori untuk melaksanakan operasi tersebut. Kemudiannya ia menghantar kembali hasil operasi ke kedudukan memori yang sesuai.
Unit Input-output membenarkan komputer menerima maklumat daripada dunia luar, dan menghantar keputusan maklumat kembali ke dunia luar.
Terdapat pelbagai bentuk alat input/output, iaitu papan kekunciskrin, dan cakera liut(floopy disc).
1946 :
Dr. John W. Mauchly dan J. Presper Eckert, Jr. menyempurnakan kerja dalam elektronik berskala besar yang pertama, iaitu ‘ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer)’. 
ENIAC merupakan komputer digital serbaguna (general-purpose digital computer) yang dapat mengerjakan lebih dari satu tugas
ENIAC yang beratnya 30 tan mengandungi 18,000 tabung vakum, menduduki 30 x 50 kaki ruang, dan menggunakan kuasa sebesar 160 kilowatts.
Pada kali pertama ianya dihidupkan, seluruh seksyen Philadelphia diterangi dengan cahaya yang kabur.
1947 :
William Shockley, John Bardeen, dan Walter Brattain mencipta alat rintangan pindahan yang dipanggil sebagai transistor.
Transistor yang menukar sepenuhnya komputer membuktikan kepercayaan yang lebih banyak berbanding tabung vakum.
Ia juga menggantikan tabung vakum di komputer, televisyen, dan radio yang mengakibatkan ukuran mesin-mesin elektrik berkurang.
1951 :
Remington Rand telah memperkenalkan UNIVAC 1 (Universal Automatic Computer), komputer digital elektronik yang boleh didapati secara komersial.
UNIVAC 1 menjadi komputer komersial pertama yang memanfaatkan model senibina von Neumann tersebut.
Kesedaran awam tentang komputer meningkat apabila UNIVAC 1, selepas menganalisis 5 % undi popular, meramalkan dengan tepat bahawa Dwight D. Eisenhower akan memenangi pemilihan presiden.
1952 :
Dr. Grace Hopper mempertimbangkan konsep penggunaan semula software dalam kertas kerja yang bertajuk ‘ Pendidikan Komputer ’.
Ia mengutarakan bagaimana memprogram komputer dengan notasi bersimbol selain memperincikan bahasa mesin yang telah pun diguna pakai.
1953 :
Komputer Model IBM 650 digunakan secara meluas.
Asalnya, IBM merancang untuk mengeluarkan 50 buah mesin tetapi sistemnya yang sangat berjaya membolehkan IBM menghasilkan 1000 buah komputer.
Dengan pengeluaran model IBM 700, syarikat ini akan mendominasi pasaran utama untuk dekad yang akan datang.
Memori teras yang dikembangkan pada awal 1950-an membekalkan kapasiti simpanan yang besar berbanding memori tabung vakum.
1957 :
Sistem RAMAC IBM 305 merupakan model pertama yang menggunakan cakera magnetik (magnetic disc) untuk simpanan luaran.
Sistem ini membekalkan kapasiti simpanan yang sama seperti pita magnetik yang digunakan sebelum ini, tetapi ia menawarkan kelebihan kemampuan capaian sebahagian rawak (semi-random access capability ).
John Backus telah memperkenalkan Fortran (FORmula TRANslation), iaitu bahasa pengaturcaraan (programming language) yang efisien dan mudah digunakan.
Bahasa pengaturcaraan ini menggantikan kod mesin yang rumit dengan kata-kata, kalimat, dan formula matematik yang lebih mudah difahami oleh manusia.
Ini memudahkan seseorang untuk memprogram dan mengatur komputer.

1958 :
Syarikat Peralatan Texas Jack Kilby mencipta litar bersepadu (intergrated circuit) yang mewujudkan asas bagi komputer berkelajuan tinggi dan memori berkapasiti besar.
Komputer yang telah dibina dengan transistor menandakan permulaan kepada generasi kedua hardware komputer.
Transistor menghasilkan panas yang cukup besar dan berpotensi untuk merosakkan bahagian-bahagian dalaman komputer.
Batu kuarsa (quartz rock) dapat menyelesaikan masalah ini.
Litar bersepadu mengkombinasikan tiga komponen elektronik dalam sebuah piringan silikon kecil yang diperbuat daripada pasir kuarsa dapat mengelakkan kerosakan komputer.
1959 :
Lebih daripada 200 bahasa pengaturcaraan telah dicipta.
IBM memperkenalkan dua komputer kecil bersaiz meja, iaitu IBM 1401 untuk perniagaan dan IBM 1620 untuk saintis. 
IBM 1620 juga dikenali sebagai CADET tetapi nama ini ditukar oleh IBM apabila warga kolej menyatakan ia adalah akronim untuk ‘Can’t Add, Doesn’t Even Try’.
IBM 1401 diterima secara meluas di kalangan industri.
1960 :
Jawatankuasa yang diketuai oleh Dr. Grace Hopper telah memperkembangkan COBOL (Common Business-Oriented Language), iaitu aplikasi bahasa perniagaan yang bertaraf tinggi.
COBOL merupakan bahasa pengaturcaraan yang digunakan secara meluas.
COBOL menggantikan kod mesin yang rumit dengan kata-kata yang lebih mudah difahami oleh manusia.
COBOL menggunakan bahasa Inggeris seperti frasa-frasa dan beroperasi dalam kebanyakan komputer perniagaan.
1964 :
Bilangan komputer telah meningkat sehingga 18,000 unit.
Komputer generasi ketiga diperkenalkan dengan pemasangan cip untuk mengawal pelitaran.
Komputer IBM 360 merupakan komputer pertama yang mempunyai mesin yang sesuai dengan gabungan bahagian sains dan perniagaan.
Buat pertama kali, IBM memperkenalkan tempoh memproses perkataan dengan menggunakan Pita Magnetik / Mesin Taip Selektrik ( MT /ST ).
MT /ST ini adalah medium simpanan penggunaan semula yang pertama.
Medium ini membolehkan mengedit material yang telah ditaip tanpa menaip semula dokumen.
1965 :
Dr John Kemeny dari Dartmouth mengetuai pembangunan tentang bahasa pengaturcaraan BASIC.
BASIC akan digunakan secara meluas dalam komputer peribadi.
Perniagaan-perniagaan besar menggunakan komputer untuk memproses informasi kewangan.
Program komputer dan bahasa pengaturcaraannya memberikan kemudahan kepada komputer.
Kemudahan ini membantu meningkatkan kerja dengan harga yang tinggi untuk penggunaan perniagaan.
Syarikat Peralatan Digital ( DEC ) memperkenalkan minikomputer yang pertama, iaitu PDP-8.
Komputer ini digunakan dengan meluas sebagai alat penyambung untuk sistem perkongsian masa.
1968 :
Syarikat Sains Komputer menjadi syarikat software yang pertama disenaraikan dalam NYSE ( New York Stock Exchange ).
Dr. Edsger Dijsktra memperkenalkan konsep memprogram dan membangunkan standard yang telah distrukturkan untuk membina program-program komputer.
Alan Shugart di IBM membuktikan penggunaan biasa cakera liut (floopy disc) yang bersaiz 8 inci.
1969 :
Tekanan daripada industri menyebabkan IBM mengumumkan bahawa beberapa harga softwarenya akan diasingkan daripada hardware komputer.
Ketidakikatan ini, membenarkan firma-firma software muncul dalam industri.
Rangkaian ARPANET, iaitu bekas pemegang internet telah ditubuhkan.
1970 :
Komputer generasi keempat dengan pembinaan cip yang menggunakan integrasi berskala besar ( Large-Scale Integration - LSI ) muncul.
Large Scale Integration (LSI) dapat memuatkan ratusan komponen ke dalam sebuah cip.
Cip LSI mengandungi 15,000 litar berbanding dengan cip yang telah digunakan pada tahun 1965 hanya mengandingi 1,000 litar.
1971 :
Dr. Ted Hoff dari Syarikat Intel mengembangkan mikropemproses ataupun cip komputer yang boleh dimikroprogramkan, iaitu Intel 4004.
Intel 4004 berprestasi lebih rendah, dan kurang upaya berbanding dengan komputer perniagaan pada waktu itu.
Ianya hanya digunakan oleh peminat komputer atau dalam permainan elektronik
Cip Intel 4004 membawa kemajuan kepada litar bersepadu dengan meletakkan seluruh komponen dari sebuah komputer seperti CPU, memori, dan alat input/output ke dalam sebuah cip yang sangat kecil.
Litar bersepadu yang dibuat untuk suatu tugas spesifik, kini sebuah mikropemproses dapat dihasilkan dan diprogramkan.
1975 :
Robert Metcalf di Xerox PARC ( Palo Alto Research Center ) telah mengembangkan Ethernet, iaitu perkabelan langsung ( Local Area Network- LAN ) yang pertama.
LAN membenarkan komputer-komputer untuk berkomunikasi dan berkongsi software, data, dan sempadan.
Komputer jaringan membolehkan komputer tunggal untuk membentuk kerjasama elektronik bagi menyelesaikan suatu proses tugas.
Ethernet yang telah direka bentuk untuk menghubungkan minikomputer- minikomputer, juga akan disambungkan kepada komputer peribadi.
Syarikat MITS mengiklankan mikrokomputer yang pertama, iaitu Altair.
Altair, nama destinasi dalam episod ‘Star Trek’, telah dijual dalam peralatan kurang daripada $ 400.
Walaupun ia tidak mempunyai papan kekunci, monitor, memori tetap dan software, tetapi ia masih mengambil 4000 tempahan dalam tempoh 3 bulan yang pertama. 
sumber : http://www.sejarahrekabentuk.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment